Sunday, October 26, 2014

Makanan kegemaran saya

Selamat datang lagi ke blog saya. Pada hari ini, saya akan menulis tentang makanan kegemaran saya, nasi ayam. Nasi ayam adalah sebuah makanan biasa di Singapura dan Malaysia. Ramai pelancong suka makan nasi ayam bila mereka bercuti di Singapura dan Malaysia. Nasi dalam nasi ayam dimasak dengan daun pandan yang berasal dari Asia Tenggara. Sebab itu nasinya wangi dan sedap. Makanan kegemaran saya ialah nasi ayam kerana ia membuat saya berasa seperti orang Singapura. Saya fikir nasi ayam ialah makanan yang terbaik di dunia. Ada suatu peristiwa yang saya tidak akan terlupa tentang nasi ayam. Pada masa itu, saya baru sahaja gagal ujian bahasa melayu saya, dan saya berasa sedih. Kawan saya terlihat saya menangis, dan dia terus membeli nasi ayam untuk saya kerana dia tahu ia adalah makanan kegemaran saya. Saya mungkin gagal ujian saya, tetapi kawan saya lebih penting daripada ujian saya. Saya rasa gembira selepas memakan nasi ayam pada hari itu. [Video akan datang, sebelum 29 Oktober]

Sunday, September 7, 2014

Kenalkan tentang diri saya dalam 50 perkataan

Nama saya Yen Sin. Umur saya 22 tahun. Hari jadi saya pada 20hb November. Saya pelajar sains hayat dari Universiti Nasional Singapura. Saya mahasiswa tahun ketiga sekarang. Saya tinggal di Bedok, di timur Singapura. Di dalam keluarga saya, ada bapa, emak, seorang adik perempuan dan saya. Kami rakyat Singapura.